Kedai Tomyam Di KL ‘Denda’ RM5 Sebab Anak Makan Bersepah, Boleh ‘Report’ KPDNKK Ke?


 Di aplikasi X, tular luahan seorang pelanggan yang tidak berpuas hati dikenakan denda RM5 oleh sebuah kedai makan di Kuala Lumpur.

Katanya, dia kena bayar RM5 kerana anak dibawah usia 2 tahun makan bersepah. Individu ini turut mendakwa dikenakan bayaran yang mahal iaitu RM55 untuk menu kailan ikan masin, telur dadar dan siakap 3 rasa.

Individu ini bertanya kepada netizen adakah dia boleh melaporkan kejadian itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Di ruangan balas, netizen berkata ini adalah kali pertama mereka mendengar cerita tentang pelanggan didenda gara-gara meja makan bersepah.

Sesetengah netizen berpendapat ibu bapa memainkan peranan untuk menunjukkan contoh yang baik kepada anak iaitu mengutip sisa makanan nasi atau lauk yang tertumpah di atas meja.

Kredit: X meinmokhtar

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post